Siapakah Kami...

... apabila anda tercari-cari siapa yang layak untuk memberi khidmat pada anda...

Rievera Marketing ialah syarikat penuh bumiputera yang menjalankan perniagaan jual beli mesin fotokopi, menyewa mesin fotokopi, dan import & export mesin fotokopi / fotostat. Kami mempunyai pengalaman lebih dari 10 tahun dalam bidang ini. Malahan kami menawarkan harga yang berpatutan dengan jaminan yang tiada bandinganya. Misi kami adalah membantu orang ramai mendapatkan mesin fotokopi yang berkualiti dan mampu milik.

Bagaimana kami boleh menandingi syarikat yang lain ialah kami sentiasa mengkaji dan sentiasa bergerak secara kompetitif didalam industri mesin fotokopi / fotostat. Disamping itu kami adalah pengimport utama mesin fotokopi / fotostat.

DAN JUGA KELEBIHAN KAMI...

Kami adalah satu-satunya syarikat berstatus Bumiputera yang melantik agen diseluruh Malaysia bagi membuka peluang perniagaan kepada kaum Bumiputera untuk berkecimpung didalam bidang pengedaran mesin fotokopi / fotostat. Sehingga kini kami mempunyai lebih dari 50 agen diseluruh Malaysia yang aktif bergerak memberi khidmat nasihat dalam memiliki mesin fotostat / fotokopi.


  Misi Syarikat Kami

Hanya satu sahaja yang menjadi sasaran misi syarikat kami iaitu menjadi pengimport dan pembekal mesin fotostat / fotokopi no.1 di Asia Tenggara dan melantik lebih dari 100 pengedar di seluruh Malaysia menjelang tahun 2019.

  Kejayaan Kami

Sejak tahun 2008 kami berkecimpung didalam industri mesin fotostat/ fotokopi dengan bermula dari bawah dan sehingga ke hari ini kami mempunyai lebih dari 300 pelanggan yang setia bersama kami.